UniSZA      CoMAEI

GERAN “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2021

Pembukaan dan Penghantaran 1 Ogos 2021 – 15 Ogos 2021
Penghantaran Kertas Cadangan 15 Ogos 2021
Proses Penilaian 1 – 15 Sept 2021
Anugerah 1 Oktober 2021
Tempoh Penyelidikan 6 Bulan atau Tidak melebihi 1 tahun
Jumlah RM5,000 - RM30,000.00

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL Siri II bagi tahun 2021 kepada semua tenaga akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 1 Ogos 2021.

Dana SoTL Siri II 2021 adalah berkonsepkan kajian tindakan yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu pensyarah bertindak sebagai penyelidik dalam amalan PdP masing-masing. Tema umum bagi Dana SoTL ini adalah kreativiti dan inovasi.

Penawaran Dana SoTL bertujuan mendorong tenaga akademik UniSZA menghasilkan kajian tindakan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif ke arah mencapai keberkesanan PdP serta pentaksiran. Tempoh minimum bagi kajian tindakan Dana SoTL adalah enam (6) bulan dan maksimum 12 bulan atau satu (1) tahun sahaja.

Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan masalah, metodologi dan kebolehsanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang terlibat dalam penyelidikan juga dinyatakan.

Sila rujuk Garis Panduan Dana SoTL 2021 berserta tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan Dana SoTL terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.

SYARAT

Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA SAHAJA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:

  1. Ketua penyelidik dan ahli kumpulan adalah dari kalangan tenaga akademik UniSZA sahaja.
  2. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus tetap dan kontrak boleh memohon. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus kontrak mestilah mempunyai baki kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah laluan pengajaran, walau bagaimanapun pensyarah laluan lain boleh mengemukakan permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada satu masa.
  5. Ahli projek penyelidikan SoTL yang penyelidikannya masih belum tamat, boleh mengemukakan permohonan.
  6. Keanggotaan kumpulan penyelidik adalah minimum tiga (3) orang dan maksimum lima (5) orang.
  7. Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak dibenarkan memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik. 
  8. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak dibenarkan memohon Dana SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Saliza Ghazali (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) atau Dr. Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff di talian 019-549 8412.

Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SoTL yang boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2021.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik ke sistem SoTL https://adams.unisza.edu.my/aqel dan borang perlu dihantar secara harcopy ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 15 Ogos 2021 jam 12.00 tengahari kepada urusetia SoTL, Puan Saliza Ghazali.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Ogos 2021.

Print