Soalan Lazim
Apakah maksud bagi singkatan FlexS?
FlexS adalah akronim kepada Flexible Education With Soul.
Apakah objektif FlexS?
- Membina akidah sahih/metafizik sebagai usaha mewujudkan ekosistem pendidikan berkualiti dan fleksibel.
- Memupuk pemikiran sahih/saintifik dengan memperkasa kurikulum menerusi nilai kemanusiaan terarah.
- Melahirkan murabbi soleh dan musleh yang mampu membentuk sahsiah mulia.
- Melahirkan graduan berpersonaliti unggul dengan perwatakan budaya kerja profesional.
Apakah Tonggak FlexS?
- Akidah sahih/metafizik
- Pemikiran sahih/saintifik
- Sahsiah mulia
- Budaya kerja profesional
Apakah pendekatan bagi pelaksanaan FlexS di UniSZA?
- Penerapan Elemen FlexS dalam Kursus Sedia Ada
- Pembangunan Kursus Baharu
- Pembangunan Pendidik dan Pelajar
- Pelaksanaan Aktiviti/Program Sokongan
Ada Soalan?
Sebarang soalan lazim dan jawapan mengenai FlexS.