Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   +609-668 8934      

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY
Latar Belakang

Latar Belakang

Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) telah mengangkat tamadun dunia melalui perubahan teknologi dan mengubah semua aspek kehidupan manusia. Dalam era rovolusi ini, sistem pendidikan perlu ditransformasikan menjadi satu platform pembelajaran yang efektif dengan peningkatan produktiviti, pencapaian output maksimum dan pelonjakan kapasiti inovasi di samping penerapan berkonsepkan pembelajaran nilai sepanjang hayat. Usaha ini merupakan satu bentuk jihad kontemporari yang harus diambil peluang oleh institusi pendidikan terutamanya dalam strategi menerapkan nilai kemanusiaan sebagai asas pembelajaran.

Oleh itu, bagi mendepani dan mengimbangi ledakan pendidikan berorientasikan teknologi ini, UniSZA memperkenalkan gagasan FlexS dengan mencorak pendidikan berasaskan nilai dan sentuhan insani. FlexS yang dibentuk merupakan satu solusi berstrategik yang mendokong pemapanan ekosistem pembelajaran UniSZA berteraskan nilai. Gagasan FlexS yang dibentuk secara bersepadu dan komprehensif ini adalah suatu pembelajaran berterusan yang melalui pelbagai proses dan tahap, perubahan masa dan tempat, pendekatan, kaedah pengajaran yang fleksibel bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, secara anjal dan dinamik. Pelaksanaan FlexS di UniSZA secara rasminya telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dalam Mesyuarat Khas LPU Bil. 5/2017 bertarikh 19 September 2017. 

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 8793/7962/7968/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Ikuti kami di Facebook