Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   09-668 8793/7814/7968/8934    comaei

Program Minggu Citra Akademik 2021

Ratings
(0)

mca

Pada 28 November hingga 2 Disember 2021 telah berlangsung Program Minggu Citra Akademik 2021 bertemakan “Murabbi Unggul: Mengakari Tradisi Intelektual”. Minggu Citra Akademik merupakan program tahunan anjuran Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (PTNCAA) bersama Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM).

Pelaksanaan program Minggu Citra Akademik kali ini adalah berbeza pada tahun sebelumnya kerana dibuat secara dalam talian, hibrid dan disiarkan secara langsung melalui Facebook UniSZA dan Youtube, berikutan penularan wabak COVID-19 yang masih berlaku. Namun ia tidak menjejaskan program, bahkan telah mencapai objektif utama penganjurannya, iaitu memperkasakan transformasi akademik dalam pembentukan kurikulum, kaedah pembelajaran dan pengajaran, pentaksiran dan inovasi akademik, meningkatkan kefahaman staf akademik berkenaan Future Ready Curriculum dan Flexible Education with Soul (FlexS) dan mengadakan latihan secara praktikal dan komprehensif berkenaan kaedah serta teknologi dalam pembelajaran dan pengajaran.

Minggu Citra Akademik ini berlangsung selama lima hari. Pada hari pertama, program dimulai dengan slot Forum Flexible Education with Soul (FlexS) bersama Prof. Madya Dr. Zulazhan bin Ab. Halim, Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selaku moderater serta ahli panel forum jemputan yang terdiri daripada Ketua dan wakil Teras FlexS, iaitu Prof. Madya Dr. Berhanundin bin Abdullah, Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar, Dr. Haji Khairi bin Che Mat, dan Ts. Norkhairani binti Abdul Rawi. Pada sesi petang pada hari yang sama pula telah diadakan ceramah bertajuk “Institutionalizing Industrial Linkages in Academia” yang disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Prof. Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha, Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Pada 29 November 2021, iaitu hari kedua program, 3 slot program telah dijalankan. Pada awal pagi, acara dimulai dengan ceramah bertajuk “Memacu DNA Keusahawanan dalam Lanskap Pendidikan Universiti” yang disampaikan oleh Datuk Dr. Asharuddin bin Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah, Wawasan Open University. Seterusnya, Datuk Dr. Hafsah Hashim yang berpengalaman memegang beberapa jawatan penting seperti Penasihat SME, Bank Islam Malaysia, Pengerusi Yayasan Kepimpinan Wanita, Ahli Lembaga Pengarah SIRIM, Zurich Takaful dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meneruskan acara dengan penyampaian ceramah yang bertajuk “Entreprenuerial Mind:Realizing Entrepreurship as a Life-Long Experience”. Sesi hari kedua ditutup dengan Sesi Perkongsian Fakulti dan juga “Workshop on Digital Contents Creator: Are you ready to be a content creator? (Series 3)” yang disampaikan oleh Dr. Ana Haziqah A. Rashid, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia pada sebelah petang.

Program bersambung lagi pada hari ketiga, 30 November 2021. Slot “Creating a Mobility Culture in the Faculty for Students and Staff” memulakan acara dan dijayakan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad, Pengarah International Relations Centre, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seterusnya, Forum “Ilmu, Iman dan Akhlak” mengambil tempat. Forum yang dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Nor Hafizi Yusof, Timbalan Pengarah Pusat Islam UniSZA ini mengenengahkan dua orang ahli panel dari kalangan alumni KUSZA. Mereka ialah Dr. Mohamad Nidzam Abdul Kadir, Pensyarah Kanan, Jabatan Kerajaan dan Tamadun, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dana Insan Malaysia.

Pada hari keempat, Program Perdana Mentor-Menti@UniSZA yang melibatkan semua pensyarah dan pelajar telah dijalankan secara serentak. Program ini memberi ruang kepada pensyarah untuk membimbing pelajar dan mendiskusi tajuk “Sayangi UniSZA”. Pada sebelah petang pula ceramah “Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran” disampaikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Riza Atiq bin Orang Kaya Rahmat iaitu Profesor Kehormat, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2 Disember 2021 merupakan hari terakhir dan kemuncak bagi Program Minggu Citra Akademik 2021. Acara hari ini dimulai dengan ceramah oleh Prof. Kamarul Sukri bin Mat Teh, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang bertajuk “Murabbi Unggul : Mengakari Tradisi Keintelektualan”. Acara disusuli selepas itu dengan Majlis Perasmian Penutup. Majlis dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Dr. Mohamed Fathy Mohamed Abdelgelil, pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI). Kemudian, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Mohamad Yusof bin Haji Mohamed Nor, Pro-Canselor UniSZA menyampaikan syarahan Minda Pro-Canselor yang bertajuk “Pendidikan Berasaskan Nilai Memperkasakan Tamadun Bangsa”. Akhir sekali YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah bin Mohd Zain, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) UniSZA telah menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan Majlis Perasmian Penutup Minggu Citra Akademik UniSZA 2021. Selain Majlis Perasmian Penutup diadakan, Pelancaran Buku FlexS dan Modul Mu’allim serta pertukaran MOU antara Fakulti Farmasi dan Alsyifaa turut diadakan. Rata-rata peserta yang menyertai program Minggu Citra Akademik 2021 berpuas hati dengan tema dan pengisian program kali ini dan mengharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

  • Jumlah paparan: 1943

Related Articles

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 7943/8102/8826/8385/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Kami mempunyai 46 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Pengunjung

1332349

Ikuti Kami di Facebook