Geran SoTL 2022

  • Category: Hebahan
  • Hits: 390
Ratings
(0)

Poster Geran SoTL 2022

GERAN “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2022

 

Pembukaan dan Penghantaran 1 Jun 2022 – 15 Jun 2022  22 Jun 2022
Penghantaran Kertas Cadangan 15 Jun 2022
Proses Penilaian 1 – 15 Julai 2022
Keputusan 1 Ogos 2022
Pembetulan 1 - 15 Ogos 2022
Penawaran 1 September 2022
Tempoh Penyelidikan 6 Bulan atau Tidak melebihi 1 tahun
Jumlah RM5,000 - RM10,000.00

 

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL bagi tahun 2022 kepada semua tenaga akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 1 Jun 2022.

Dana SoTL Tahun 2022 adalah berkonsepkan kajian tindakan yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu pensyarah bertindak sebagai penyelidik dalam amalan PdP masing-masing. Tema umum bagi Dana SoTL ini adalah kreativiti dan inovasi.

Penawaran Dana SoTL bertujuan mendorong tenaga akademik UniSZA menghasilkan kajian tindakan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif ke arah mencapai keberkesanan PdP serta pentaksiran. Tempoh minimum bagi kajian tindakan Dana SoTL adalah enam (6) bulan dan maksimum 12 bulan atau satu (1) tahun sahaja.

Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan masalah, metodologi dan kebolehsanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang terlibat dalam penyelidikan juga dinyatakan.

Sila rujuk Garis Panduan Dana SoTL 2022 berserta tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan Dana SoTL terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.

SYARAT

Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA SAHAJA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:

  1. Ketua penyelidik dan ahli kumpulan adalah dari kalangan tenaga akademik UniSZA sahaja.
  2. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus tetap dan kontrak boleh memohon. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus kontrak mestilah mempunyai baki kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah laluan pengajaran, walau bagaimanapun pensyarah laluan lain boleh mengemukakan permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada satu masa.
  5. Ahli projek penyelidikan SoTL yang penyelidikannya masih belum tamat, boleh mengemukakan permohonan.
  6. Keanggotaan kumpulan penyelidik adalah minimum tiga (3) orang dan maksimum lima (5) orang.
  7. Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak dibenarkan memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik. 
  8. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak dibenarkan memohon Dana SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Wan Anwar Fahmi bin Wan Mohamad di talian 019-942 1741.

Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SoTL yang boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2022

Borang yang telah lengkap diisi perlu digabung menjadi satu fail dan dimuat naik ke sistem SoTL https://adams.unisza.edu.my/aqel dan borang perlu dihantar secara harcopy ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 22 Jun 2022 jam 12.00 tengahari kepada urusetia SoTL, En Muhammad Annas (09-668 8754/010-908 1812).

Untuk maklumat lanjut mengenai SoTL sila rujuk Securing a SoTL Grant by Dr. Subashini dan video SoTL  https://fb.watch/d9qlK0QeV2/

Taklimat SoTL tarikh 23/5/2022 SoTL Grant 2022 Briefing_23 Mei 2022_final dan taklimat video https://fb.watch/daKmJrdUrX/

 

Sekian, terima kasih.

Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Jun 2022.

Print 

Related Articles