UniSZA      CoMAEI

25 Julai 2019 - Program Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL 2019) di Dewan Al Muktafi Bilalshah UniSZA.

Karnival e-Pembelajaran (UniCeL) adalah sebuah program tahunan yang bermula pada tahun 2017. UniCeL dapat dijadikan sebagai satu platform dalam memberi pendedahan dan menggalakan warga akademik untuk berkarya dalam menghasilkan inovasi-inovasi berteraskan PdP bagi meningkatkan kualiti PdP warga akademik UniSZA. UniCeL juga dilihat sebagai satu medium untuk mengetengahkan serta mempamerkan hasil inovasi PdP kepada masyarakat umum.

UniCeL 2019 pada tahun ini telah menerima sebanyak 77 penyertaan IIDEL, masing-masing daripada UniSZA, UiTM, UPSI, UPM, Politeknik, IPG dan Sekolah. Sebanyak 24 memenangi sijil EMAS, 44 sijil Perak & 9 sijil Gangsa.

Selain itu, terdapat juga 7 pencalonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI 209), iaitu:

  • Pengajaran Transformatif - “Gabungan Kaedah Turath dan Teknologi Moden Dalam Pembelajaran Subjek Haqaiq al-Tasawif”  - yang disampaikan oleh Dr Mohd Hasrul bin Shuhari, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
  • Pembelajaran Bersemuka - “Challenge-Based Learning: Let’s Change the World" - disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa, Fakulti Sains Kesihatan
  • Pembelajaran Bersemuka - “We Care We Share : UniSZA@Kuala Besut”  - Prof. Madya To’ Puan Dr. Nizaita binti Omar, Pusat Pengajian Teras
  • Pembelajaran Maya - “Mobile Learning based on Virtual Learning Environment (VLE)” - En. Mohd Kamir bin Yusof, Fakulti Informatik & Komputeran
  • Pembelajaran Teradun - “Blended Learning for Projects” - Pn. Norkhairani binti Abdul Rawi, Fakulti Informatik & Komputeran
  • Pentaksiran Alternatif - “Quality Control Alternative Assessment” - disampaikan oleh Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Fakulti Pengurusan & Perniagaan
  • Pentaksiran Alternatif - “Advanced learning analytics of Microsoft Excel-based digitalized assessment system” - Dr. Mohd Salami bin Ibrahim, Fakulti Perubatan

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Kamarul Shukri Bin Mat Teh semasa upacara majlis penutup. Tahniah kepada semua pemenang..

Senarai keputusan pemenang boleh lihat di website UniCeL di https://www.unisza.edu.my/unicel/index.php?option=com_content&view=article&id=36&Itemid=171

67892925 447015845885256 5993151997098852352 o

67666303 445948329325341 6546260337904058368 o