UniSZA      CoMAEI

UniSZA Merangkul 4 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa Sempena IUCeL 2019

iucel2019

UniSZA Merangkul 4 Emas, 3 Perak & 3 Gangsa Sempena IUCeL 2019

International University Carnival On e-Learning (IUCEL) edisi 2019 telah dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) telah diadakan buat pertama kalinya di pulau Borneo pada 21 – 22 Ogos 2019. Penganjuran kali keempat tersebut telah diadakan di DeTAR Banquet Hall, Kota Samarahan UNIMAS, Sarawak.

Sempena IUCEL 2019 kali ini, Pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) bertujuan bertindak sebagai platform untuk mempromosikan, meneroka, dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia. Tema tahun ini "Inspiring Innovations for Sustainable Futures" menandakan amalan dan bukti-inovasi masa depan yang memberi impak kepada komuniti pada keseluruhannya. Untuk penyertaan pada edisi kali ini, UniSZA telah menghantar sebanyak 10 penyertaan dan merangkul 4 emas, 3 perak dan 3 gangsa.

Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea-idea komersial, kreatif dan inovatif disamping untuk memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa.  

iucel elearning awards