UniSZA      CoMAEI

Permohonan Kemasukan ke Universiti Bagi Sesi Akademik 2020/2021

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menggunakan dasar, kriteria dan prosedur terkini bagi pengurusan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Institut Pendidikan Guru (IPG), kOLEJ Matrikulasi (KM), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang diselaraskan oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), JPT untuk Sesi Akademik 2020/2021 bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf dalam melanjutkan pengajian ke peringkat :

  • Sijil / Asasi / Program Matrikulasi / Diploma / Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) di UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA
  • Ijazah Sarjana Muda di UA

Semua calon yang berkelayakan berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, IPG, KM, Politeknik, KK dan ILKA melalui UPUOnline di URL 

http://upu.moe.gov.my mulai 24 Februari 2020 (Isnin) jam 12.00 tengah hari hingga 31 Mac 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi Lepasan SPM

dan pada 7 April 2020 (Selasa) jam 11.59 malam bagi lepasan STPM/Setaraf.

 

Mulai Sesi Akademik 2020/2021, UPUOnline hanya akan memaparkan senarai pilihan program pengajian/kursus yang layak dipohon oleh pelajar pada lima (5) hari selepas keputusan SPM 2019 dan keputusan STPM 2019 diumumkan.

 

Maklumat terperinci mengenai prosedur permohonan kemasukan UA, IPG, KM, Politeknik, KK & ILKA pada tahun 2020 boleh dimuat turun / download QR Code di bawah atau seperti di pautan URL http://upu.moe.gov.my mulai 6 Februari 2020 (Khamis).

 

qr code

Pelajar, guru dan ibu bapa juga digalakkan untuk facebook like icon png 32 Facebook Kemasukan BPKP JPT dan memuat turun aplikasi UPUPocket V2 di Google Store atau Apple Store serta lain-lain media sosial bagi memastikan maklumat terkini sentiasa diperoleh.