UniSZA      CoMAEI

prof harmy2BISMILLAHm 

"Selamat datang ke website rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan UniSZA (CoMAE-I UniSZA).

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW.

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)  diwujudkan dengan tujuan menjadi pusat pengurusan, transformasi dan inovasi akademik yang unggul dan lestari dalam membantu mengurus dan membangunkan program dan hal ehwal akademik di UniSZA.

Dengan iltizam daripada fakulti dan semua pihak kita berharap agenda pendidikan negara dan pelan pembangunan strategik universiti  dapat dijayakan dengan sempurna. Ia selari dengan hasrat untuk  melahirkan pelajar yang kalis masa hadapan (Future Proof Graduate) melalui perlaksanaan kurikulum tersedia masa depan (Future Ready Curriculum) sebagai cabaran yang perlu di galas bersama.

Pada masa yang sama inovasi pendidikan yang berteraskan teknologi IR 4.0  dan Pendidikan yang Mempunyai Jiwa (Flexible Education with Soul) akan diadun sebagai resipi utama dalam kerangka  pembangunan mahasiswa di UniSZA. Sekian, terima kasih""

Prof. Dr. Harmy bin Mohamed Yusoff

Pengarah

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik