Laporan Berita IUCEL 2021

International University Carnival On e-Learning (IUCEL) edisi 2021 telah dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama The Malaysian e-Learning Council for Public Universities (MEIPTA) telah diadakan buat pertama kali di Kedah pada 15 – 16 Jun 2021. Penganjuran kali ke-lima program ini telah diadakan secara maya bersama ke semua peserta IUCEL disebabkan pandemik COVID-19.

Sempena IUCEL 2021 kali ini, Pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) bertujuan bertindak sebagai platform untuk mempromosikan, meneroka, dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran di semua peringkat institusi pembelajaran dari seluruh dunia. Tema tahun ini "Leading Innovation Towards digitalized community" menandakan amalan dan bukti-inovasi masa depan yang memberi impak kepada komuniti pada keseluruhannya. Untuk penyertaan pada edisi kali ini, UniSZA telah menghantar sebanyak 22 penyertaan dan merangkul 8 emas, 6 perak dan 8 gangsa.

Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea-idea komersial, kreatif dan inovatif disamping untuk memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa.  

Berikut adalah senarai para pemenang IUCEL 2021 - UniSZA

list1 list2

Related Articles