Berita Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL) 2020
UniSZA MEMENANGI 20 EMAS, 31 PERAK & 18 GANGSA UNTUK 69 PENYERTAAN DALAM PROGRAM KARNIVAL e-PEMBELAJARAN UniSZA 2020
Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) telah menganjurkan Program Karnival e-Pembelajaran UniSZA 2020 kali ke-empat pada 17 Disember 2020 (Khamis). Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa) UniSZA.
Pertandingan Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDEL) ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan penyelidikan, penciptaan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran oleh ahli fakulti dan pelajar khususnya dari UniSZA. Untuk penyertaan pada tahun kali ini, UniSZA telah menerima penyertaan sebanyak 69 dan merangkul 20 emas, 31 perak dan 18 gangsa.
Objektif utama UniSZA menyertai program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan berkongsi amalan terbaik pembangunan, pengurusan dan pembudayaan e-Pembelajaran. Selain berkongsi kepakaran dan idea-idea komersial, kreatif dan inovatif disamping untuk memupuk minat dan menggalakkan pensyarah untuk membangunkan bahan pengajaran selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
Program ini dilaksanakan secara langsung di bilik studio CoMAE-i yang baharu dinamakan Educator Studio atau nama ringkasnya eStudio. eStudio ini juga telah dirasmikan oleh YBhg. Prof TNCAA semasa program tersebut berlangsung. Program ini dipenuhi dengan pembentangan 2 orang pemenang portfolio terbaik UniSZA iaitu:
- Prof. Madya Dr. John Tang Yew Huat daripada Fakulti Biosumber dan Industri Makanan bagi Kategori Sains Tulen (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik).
- Dr. Anuar bin Md. Zain daripada Fakulti Sains Kesihatan bagi Kategori Sains Kesihatan (Farmasi, Kejururawatan, Kesihatan Bersekutu, Pergigian & Perubatan)
Seterusnya, sesi perkongsian daripada 3 orang pemenang terbaik pertandingan Invention, Innovation Design on e-Learning (IIDEL) masing-masing iaitu:
- DR. MOHD FAEIZ PAUZI daripada Fakulti Perubatan dengan tajuk FLIPPED CLASSROOM WITH AUGMENTED REALITY (AR) CLINICAL SKILLS LAB
- PROF. MADYA DR. JOHN TANG YEW HUAT daripada Fakulti Biosumber & Industri Makanan dengan tajuk EatSAFE StopWASTE
- PROF. MADYA DR. MOHD KHAIRUL AMRI KAMARUDIN daripada Fakulti Sains Sosial Gunaan dengan tajuk Environmental Awareness Fun Game Version 2 (Environess V
Keputusan anugerah penyertaan boleh didapati di sini https://unicel.unisza.edu.my/mod/page/view.php?id=18
Pihak penganjur mengucapkan jutaan penghargaan dan tahniah kepada semua peserta atas penglibatan pada karnival tersebut. Harapan CoMAE-i agar penyertaan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
YBhg. Prof. Dr. Kamarul Shukri bin Mat Teh (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa) UniSZA merasmikan majlis penutup Karnival e-Pembelajaran UniSZA