Pembukaan dan Penghantaran | 1 Ogos 2021 – 15 Ogos 2021 |
Penghantaran Kertas Cadangan | 15 Ogos 2021 |
Proses Penilaian | 1 – 15 Sept 2021 |
Anugerah | 1 Oktober 2021 |
Tempoh Penyelidikan | 6 Bulan atau Tidak melebihi 1 tahun |
Jumlah | RM5,000 - RM30,000.00 |
PENGENALAN
Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL Siri II bagi tahun 2021 kepada semua tenaga akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 1 Ogos 2021.
Dana SoTL Siri II 2021 adalah berkonsepkan kajian tindakan yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu pensyarah bertindak sebagai penyelidik dalam amalan PdP masing-masing. Tema umum bagi Dana SoTL ini adalah kreativiti dan inovasi.
Penawaran Dana SoTL bertujuan mendorong tenaga akademik UniSZA menghasilkan kajian tindakan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif ke arah mencapai keberkesanan PdP serta pentaksiran. Tempoh minimum bagi kajian tindakan Dana SoTL adalah enam (6) bulan dan maksimum 12 bulan atau satu (1) tahun sahaja.
Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan masalah, metodologi dan kebolehsanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang terlibat dalam penyelidikan juga dinyatakan.
Sila rujuk Garis Panduan Dana SoTL 2021 berserta tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan Dana SoTL terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.
SYARAT
Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA SAHAJA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Saliza Ghazali (
Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SoTL yang boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2021.
Borang yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik ke sistem SoTL https://adams.unisza.edu.my/aqel dan borang perlu dihantar secara harcopy ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 15 Ogos 2021 jam 12.00 tengahari kepada urusetia SoTL, Puan Saliza Ghazali.
Sekian, terima kasih.
Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Ogos 2021.