Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   09-668 8793/7814/7968/8934    comaei

 

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY

Bantuan Kewangan Pinjaman Laptop Pelajar UniSZA 2020

Ratings
(0)

Permohonan Baharu Dibuka!

Klik di sini untuk permohonan. https://tinyurl.com/laptop-unisza-okt2020

Bantuan Kewangan Pinjaman Pembelian Laptop Pelajar UniSZA

6t8Zh249QiFmVnkQdCCtHK

1. Pelajar yang layak akan dipertimbangkan untuk diberi bantuan pinjaman kewangan untuk membeli laptop mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan dengan harga maksimum RM1,500.00. Bantuan ini diberikan khas kepada pelajar yang tidak mempunyai komputer dan memerlukan bantuan kewangan bagi mengikuti pembelajaran di tempat kediaman masing-masing.

2. Permohonan akan ditapis di peringkat Fakulti. Pelajar akan bertanggungjawab menjaga laptop tersebut dan perlu memulangkan semula kepada fakulti pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang gagal memulangkan laptop akan dianggap sebagai status berhutang. Laptop yang dipulangkan dengan baik akan digunakan pula bagi tujuan kebajikan pelajar akan datang.

3. Bagi pemohon yang berjaya, bantuan kewangan sebanyak RM1,500.00 akan dikreditkan terus ke akaun pelajar bagi tujuan pembelian laptop sahaja.

4. Laptop boleh dibeli daripada mana-mana kedai berdekatan dan pelajar perlu mengemukakan resit dan gambar laptop yang dibeli kepada pihak fakulti untuk bukti pembelian di https://tinyurl.com/laptop-unisza-2020

5. Laptop yang dibeli mestilah yang baharu dan mengikut spesifikasi minimum iaitu:

6. Sekiranya didapati ada pelajar yang tidak mengikut peraturan, menyalahgunakan bantuan pinjaman kewangan dan memberikan maklumat palsu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh UniSZA.

7. Pelajar boleh membatalkan permohonan yang telah diluluskan dengan memulangkan kembali duit yang telah dikreditkan atau memulangkan lebihan baki melalui pautan berikut https://tinyurl.com/laptop-unisza-refund

  • Jumlah paparan: 338
Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 7943/8102/8826/8385/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Kami mempunyai 320 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Pautan Berkaitan

Ikuti Kami di Facebook