Bengkel Sibergogi: Pembangunan Bahan Realiti Maya 360

  • Category: Aktiviti
  • Hits: 35
Ratings
(0)

Poster Bengkel Sibergogi 2021

Bengkel Sibergogi : Pembangunan Bahan Realiti Maya 360 adalah anjuran Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Latihan & Bakat (CenTTM) ini diadakan selama dua hari iaitu pada 29 dan 30 Ogos 2021 (Ahad dan Isnin). 

Bengkel ini disampaikan oleh dua orang pensyarah dari Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) iaitu Yang Berusaha Dr. Normala binti Rahim yang juga Penyelaras Teknologi Pendidikan di CoMAE-i dan Yang Berusaha Dr. Wan Mohd Rizhan bin Wan Idris. Bengkel ini merupakan bengkel sibergogi pertama yang diadakan secara atas talian dan ia sangat memberi cabaran kepada mereka kerana bengkel ini kebiasaannya dibuat secara hands-on.

Bengkel ini dimulakan dengan pembukaan dan ucapan kata aluan dan juga kata penutup oleh Yang Berusaha Dr. Azwa Abdul Aziz, Timbalan Pengarah Inovasi Pendidikan CoMAE-i dan ia dihadiri dalam 30 lebih peserta yang terdiri daripada beberapa pensyarah daripada setiap fakulti/pusat. 

Objektif bagi bengkel ini ialah menerapkan ilmu pengetahuan dalam bentuk Persekitaran Maya, Video Maya dan Objek Maya di dalam PdP dan ia dapat dimanfaatkan kepada pensyarah dan juga pelajar.

Kehadiran Peserta Sibergogi 2021

Gambar di atas menunjukkan antara peserta yang hadir dalam bengkel sibergogi 2021 secara atas talian.

Print 

Related Articles