Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   09-668 8793/7814/7968/8934    comaei

Lanjutan Tempoh Tarikh Tutup Pertandingan Mencipta Logo dan Video FlexS Sempena Minggu Citra Akademik 2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBrs.Prof.,/Dr.,/Tuan/Puan/Cik,

MAKLUMAN LANJUTAN TARIKH TUTUP PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO FlexS DAN VIDEO PENDEK SEMPENA MINGGU CITRA AKADEMIK

2. Sukacita dimaklumkan Pejabat TNCAA dan CoMAE-i dengan kerjasama CenTTM telah mengadakan Minggu Citra Akademik 2021 pada 28 November 2021 hingga 2 Disember 2021.

3. Sehubungan itu, pihak kami ingin memaklumkan penyertaan untuk pertandingan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

4. Butiran jenis pertandingan adalah seperti berikut:

a) Mencipta Logo Flexible Education with Soul (FlexS)
b) Video Pendek: Inovasi Terbaik PdP
c) Video Pendek: Gaya Hidup Sejahtera
4. Penyertaan adalah PERCUMA & terbuka kepada semua warga UniSZA mengikut kategori.
5. Sila scan QR code yang tertera di poster (dalam pautan) untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.
Sekretariat Pertandingan dan Gerai Pameran CITRA 2021

https://drive.google.com/drive/folders/1JhqUIHscQZnecyx-jN-yu6E_Kp9XxM41?usp=sharing

 

 A1  A2 A3 A4

  • Jumlah paparan: 1246

Geran SoTL 2021

sotl2021

GERAN “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2021

 

Pembukaan dan Penghantaran 1 Ogos 2021 – 15 Ogos 2021
Penghantaran Kertas Cadangan 15 Ogos 2021
Proses Penilaian 1 – 15 Sept 2021
Anugerah 1 Oktober 2021
Tempoh Penyelidikan 6 Bulan atau Tidak melebihi 1 tahun
Jumlah RM5,000 - RM30,000.00

 

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL Siri II bagi tahun 2021 kepada semua tenaga akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 1 Ogos 2021.

Dana SoTL Siri II 2021 adalah berkonsepkan kajian tindakan yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu pensyarah bertindak sebagai penyelidik dalam amalan PdP masing-masing. Tema umum bagi Dana SoTL ini adalah kreativiti dan inovasi.

Penawaran Dana SoTL bertujuan mendorong tenaga akademik UniSZA menghasilkan kajian tindakan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif ke arah mencapai keberkesanan PdP serta pentaksiran. Tempoh minimum bagi kajian tindakan Dana SoTL adalah enam (6) bulan dan maksimum 12 bulan atau satu (1) tahun sahaja.

Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan masalah, metodologi dan kebolehsanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang terlibat dalam penyelidikan juga dinyatakan.

Sila rujuk Garis Panduan Dana SoTL 2021 berserta tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan Dana SoTL terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.

SYARAT

Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA SAHAJA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:

  1. Ketua penyelidik dan ahli kumpulan adalah dari kalangan tenaga akademik UniSZA sahaja.
  2. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus tetap dan kontrak boleh memohon. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus kontrak mestilah mempunyai baki kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah laluan pengajaran, walau bagaimanapun pensyarah laluan lain boleh mengemukakan permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada satu masa.
  5. Ahli projek penyelidikan SoTL yang penyelidikannya masih belum tamat, boleh mengemukakan permohonan.
  6. Keanggotaan kumpulan penyelidik adalah minimum tiga (3) orang dan maksimum lima (5) orang.
  7. Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak dibenarkan memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik. 
  8. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak dibenarkan memohon Dana SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Saliza Ghazali (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Dr. Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff di talian 019-549 8412.

Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SoTL yang boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2021.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dimuat naik ke sistem SoTL https://adams.unisza.edu.my/aqel dan borang perlu dihantar secara harcopy ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 15 Ogos 2021 jam 12.00 tengahari kepada urusetia SoTL, Puan Saliza Ghazali.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Ogos 2021.

  • Jumlah paparan: 408

Geran SoTL 2022

Poster Geran SoTL 2022

GERAN “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2022

 

Pembukaan dan Penghantaran 1 Jun 2022 – 15 Jun 2022  22 Jun 2022
Penghantaran Kertas Cadangan 15 Jun 2022
Proses Penilaian 1 – 15 Julai 2022
Keputusan 1 Ogos 2022
Pembetulan 1 - 15 Ogos 2022
Penawaran 1 September 2022
Tempoh Penyelidikan 6 Bulan atau Tidak melebihi 1 tahun
Jumlah RM5,000 - RM10,000.00

 

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL bagi tahun 2022 kepada semua tenaga akademik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 1 Jun 2022.

Dana SoTL Tahun 2022 adalah berkonsepkan kajian tindakan yang berbentuk inkuiri refleksi kendiri, iaitu pensyarah bertindak sebagai penyelidik dalam amalan PdP masing-masing. Tema umum bagi Dana SoTL ini adalah kreativiti dan inovasi.

Penawaran Dana SoTL bertujuan mendorong tenaga akademik UniSZA menghasilkan kajian tindakan berimpak tinggi secara kreatif dan inovatif ke arah mencapai keberkesanan PdP serta pentaksiran. Tempoh minimum bagi kajian tindakan Dana SoTL adalah enam (6) bulan dan maksimum 12 bulan atau satu (1) tahun sahaja.

Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan masalah, metodologi dan kebolehsanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang terlibat dalam penyelidikan juga dinyatakan.

Sila rujuk Garis Panduan Dana SoTL 2022 berserta tarikh penting proses permohonan untuk makluman dan rujukan. Pemohon diminta untuk meneliti dan memahami Garis Panduan Dana SoTL terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.

SYARAT

Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA SAHAJA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:

  1. Ketua penyelidik dan ahli kumpulan adalah dari kalangan tenaga akademik UniSZA sahaja.
  2. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus tetap dan kontrak boleh memohon. Pensyarah dan Guru Bahasa berstatus kontrak mestilah mempunyai baki kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah laluan pengajaran, walau bagaimanapun pensyarah laluan lain boleh mengemukakan permohonan.
  4. Pemohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada satu masa.
  5. Ahli projek penyelidikan SoTL yang penyelidikannya masih belum tamat, boleh mengemukakan permohonan.
  6. Keanggotaan kumpulan penyelidik adalah minimum tiga (3) orang dan maksimum lima (5) orang.
  7. Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak dibenarkan memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik. 
  8. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak dibenarkan memohon Dana SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Dr. Wan Anwar Fahmi bin Wan Mohamad di talian 019-942 1741.

Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SoTL yang boleh dimuat turun di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2022

Borang yang telah lengkap diisi perlu digabung menjadi satu fail dan dimuat naik ke sistem SoTL https://adams.unisza.edu.my/aqel dan borang perlu dihantar secara harcopy ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 22 Jun 2022 jam 12.00 tengahari kepada urusetia SoTL, En Muhammad Annas (09-668 8754/010-908 1812).

Untuk maklumat lanjut mengenai SoTL sila rujuk Securing a SoTL Grant by Dr. Subashini dan video SoTL  https://fb.watch/d9qlK0QeV2/

Taklimat SoTL tarikh 23/5/2022 SoTL Grant 2022 Briefing_23 Mei 2022_final dan taklimat video https://fb.watch/daKmJrdUrX/

 

Sekian, terima kasih.

Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik
Universiti Sultan Zainal Abidin
1 Jun 2022.

  • Jumlah paparan: 1760

Hebahan Pencalonan Anugerah Pengajaran 2021

HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH PENGAJARAN 2021 BERDASARKAN PORTFOLIO DIGITAL PENSYARAH SEBAGAI KRITERIA

anugerah pengajaran v2

Assalamu’alaikum wrh. wbth. Dan Salam Sejahtera,


Sahabat-sahabat KPTj akademik yang dihormati sekalian,

1. Untuk makluman, pihak CoMAE-i telah dipertanggungjawabkan sebagai urusetia bagi pemilihan *Anugerah Pengajaran* bagi tahun 2021. Anugerah Pengajaran merupakan salah satu anugerah utama dalam Anugerah Akademik Universiti (AAU). Pemilihan pemenang anugerah adalah berdasarkan kepada portfolio digital pensyarah yang telah dikemas kini di https://portfolio.unisza.edu.my. Pengemaskinian maklumat pengajaran dalam platform ini adalah sama seperti pengendalian kursus dalam sistem KeLIP.

2. Sehubungan itu, pihak PTj akademik dipohon menghebahkan pembukaan pencalonan Anugerah Pengajaran 2021. Tarikh tutup pengemaskinian portfolio ialah pada *4 Julai 2021* *11 Julai 2021*.

3. Sebarang pertanyaan lanjut tentang prosedur dan syarat pencalonan sila berhubung dengan PM Dr. Zulazhan Ab. Halim, Timbalan Pengarah Bahagian Transformasi Akademik (019-9362532) atau Cik Nor Suhazlina Sulong (012- 2747610)

Sekian, terima kasih.

*Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik*
*UniSZA*

  • Jumlah paparan: 931

Pindah Kredit MOOC

PENAWARAN KURSUS PINDAH KREDIT MOOC "AGRICULTURAL ENTREPRENEURSHIP" SECARA DALAM TALIAN SEPENUHNYA.

"BELAJAR 100% DALAM TALIAN, AMBIL PEPERIKSAAN DAN PINDAH KREDIT DALAM PROGRAM PENGAJIAN SEMASA"

Terbuka kepada semua pelajar. Tarikh akhir enrol kursus ini adalah pada minggu ke empat pembelajaran iaitu 14 November 2020 (Sabtu).

AGRICULTURAL

Course Synopsis

Entrepreneurship is a widely used but little understood concept. Often it is equated with new venture creation and small businesses. In recent years governments in both the developed and developing world have seen it as the panacea for economic growth and development and the source of new jobs and business models. The rationale of this module is to introduce participants to the concept of entrepreneurship and its role in economic and business development specifically in agriculture sector. The course covers the role and responsibilities of an entrepreneur, problems and techniques in management, business planning, project evaluation, marketing, credit, business strategies, and management of resources and current issues of entrepreneurship in agribusiness.

Teacher: Assoc. Prof. Dr. Nalini A/P Arumugam

Faculty: Faculty of Bioresources and Food Industry

APA YANG PERLU PELAJAR LAKUKAN UNTUK MEMBOLEHKAN KURSUS INI DIBUAT PINDAH KREDIT?

1. Pelajar enrol, belajar dan sempurnakan semua aktiviti dalam kursus Agricultural Enterpreneurship melalui platform OCW (Open Courseware) UniSZA di pautan https://ocw.unisza.edu.my/course/view.php?id=67. Kursus ini boleh diikuti secara percuma!

2. Selepas tamat kursus, cetak sijil tamat kursus tersebut dan buat pendaftaran di pautan ini Pendaftaran Peperiksaan Kursus Agricultural Enterpreneurship untuk mengambil peperiksaan bagi kursus tersebut.

3. Pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam peperiksaan tersebut akan diberikan sijil lulus pencapaian bagi kursus tersebut.

4. Sijil pencapaian bagi kursus tersebut boleh digunakan untuk pelajar membuat pindah kredit tanpa gred. Kursus ini boleh dipindah kredit bagi kursus yang setara ataupun kursus elektif bebas bagi program pengajian semasa. Kredit bagi kursus ini akan dikira dalam jumlah jam kredit bergraduat pelajar.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi En. Mohd Sufian Mat Deris di talian 016-950 9000

  • Jumlah paparan: 1096

Halaman 1 dari 2

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 7943/8102/8826/8385/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Kami mempunyai 104 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Pengunjung

1332772

Ikuti Kami di Facebook