Hebahan UniCeL 2020
Introduction
UniCeL acts as a platform to promote, explore and share best practices in e-Learning applications among the academia in Malaysia. The carnival will involve IIDEL (Invention, Innovation & Design on e-Learning) competitions which is conduct via online and e-Learning awards to stimulate quality improvements to e-learning in the future.
Objectives
Exhibit research, creation and innovation in teaching and learning by faculties or schools
Sharing expertise and commercial, creative and innovative ideas
Cultivate interests and encourage lecturers, and students to develop teaching materials in line with Education 4.0.
Please visit https://sites.google.com/view/unicel-2020/home for more informations about UniCeL 2020.
Bantuan Kewangan Pinjaman Laptop Pelajar UniSZA 2020
Permohonan Baharu Dibuka!
Klik di sini untuk permohonan. https://tinyurl.com/laptop-unisza-okt2020
Bantuan Kewangan Pinjaman Pembelian Laptop Pelajar UniSZA
1. Pelajar yang layak akan dipertimbangkan untuk diberi bantuan pinjaman kewangan untuk membeli laptop mengikut spesifikasi yang akan ditetapkan dengan harga maksimum RM1,500.00. Bantuan ini diberikan khas kepada pelajar yang tidak mempunyai komputer dan memerlukan bantuan kewangan bagi mengikuti pembelajaran di tempat kediaman masing-masing.
2. Permohonan akan ditapis di peringkat Fakulti. Pelajar akan bertanggungjawab menjaga laptop tersebut dan perlu memulangkan semula kepada fakulti pada tempoh yang ditetapkan. Pelajar yang gagal memulangkan laptop akan dianggap sebagai status berhutang. Laptop yang dipulangkan dengan baik akan digunakan pula bagi tujuan kebajikan pelajar akan datang.
3. Bagi pemohon yang berjaya, bantuan kewangan sebanyak RM1,500.00 akan dikreditkan terus ke akaun pelajar bagi tujuan pembelian laptop sahaja.
4. Laptop boleh dibeli daripada mana-mana kedai berdekatan dan pelajar perlu mengemukakan resit dan gambar laptop yang dibeli kepada pihak fakulti untuk bukti pembelian di https://tinyurl.com/laptop-unisza-2020
5. Laptop yang dibeli mestilah yang baharu dan mengikut spesifikasi minimum iaitu:
4GB RAM,
Cpu Amd/Intel Pentium Silver,
256GB SSD Storage,
Webcam built-in
(Rujuk https://kelip.unisza.edu.my/laptop.pdf).
6. Sekiranya didapati ada pelajar yang tidak mengikut peraturan, menyalahgunakan bantuan pinjaman kewangan dan memberikan maklumat palsu akan dikenakan tindakan tatatertib oleh UniSZA.
7. Pelajar boleh membatalkan permohonan yang telah diluluskan dengan memulangkan kembali duit yang telah dikreditkan atau memulangkan lebihan baki melalui pautan berikut https://tinyurl.com/laptop-unisza-refund
Sistem CoMAE-i
{source}{/source}