Fungsi & Peranan

Bahagian Pengurusan Akademik

SEKSYEN PENGAMBILAN DAN KEMASUKAN

  • Menyelaras syarat kemasukan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Menyelaras bengkel pengesahan unjuran dan syarat kemasukan pelajar sesi kemasukan baharu.
  • Penyediaan kertas kerja Mesyuarat Senat bagi pengesahan unjuran dan syarat kemasukan pelajar sesi akademik baharu.
  • Mengemaskinikan unjuran dan syarat baharu di sistem e-MAS, JPT sepertimana pengesahan Senat Universiti.
  • Perwakilan universiti ke mesyuarat-mesyuarat pengambilan pelajar bersama JPT, KPT.
  • Mengurus pengambilan pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Mengurus permohonan kes-kes rayuan kemasukan dan kes-kes pertukaran universiti.
  • Menguruskan dan menyelaras sesi pendaftaran pelajar baharu Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Membuat laporan kekosongan tempat mengikut program selepas selesai pendaftaran perdana kepada pihak JPT, KPT bagi tujuan permohonan rayuan.        
  • Menguruskan dan menyelaras sesi pendaftaran pelajar baharu rayuan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Menyelaras unjuran statistik pengambilan pelajar ke UniSZA.
  • Membantu aktiviti pemasaran dan promosi yang diselaraskan oleh pihak CCORM.

Capaian Sistem yang Digunakan

Seksyen Pengambilan dan Kemasukan

SEKSYEN PENJADUALAN, REKOD & PENDAFTARAN KURSUS

  • Melaksana dan mengurus pendaftaran kursus, penjadualan kuliah serta urusan pengemaskinian Sistem Akademik (SISMAK) pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
  • Menyelaras pendaftaran kursus mobiliti berkredit inbound dan outbound.
  • Mengurus rekod dan pengesahan status pelajar.
  • Mengurus dan mengemaskini permohonan pertukaran program pengajian pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.
  • Mengurus dan mengemaskini permohonan pelajar diploma dan ijazah sarjana muda untuk Tarik Diri daripada Kursus (TD), Tarik Diri daripada Semester (TP) dan Tarik Diri daripada Universiti (HS).
  • Mengemaskini permohonan pemindahan dan pengecualian kredit pelajar.
  • Menyedia data pelajar diploma dan ijazah sarjana muda.
  • Menyelaras data MyMoheS, Setara dan QS Ranking.

Capaian Sistem yang Digunakan

Seksyen Penjadualan, Rekod dan Pendaftaran Kursus

SEKSYEN PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

  • Mengurus dan menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan peperiksaan akhir seperti tempat, bahan/alatan peperiksaan serta kertas soalan peperiksaan.
  • Menyedia jadual peperiksaan akhir.
  • Membuat lantikan ketua pengawas, pengawas dan pembantu peperiksaan.
  • Menyemak format, mencetak, menyimpan kertas peperiksaan dalam bilik kebal dan menyerahkan kepada ketua pengawas peperiksaan.
  • Menerima dan mengumpul laporan perjalanan peperiksaan akhir.
  • Mengurus tatatertib pelajar berkaitan hal ehwal akademik.
  • Menyedia laporan keputusan peperiksaan akhir untuk pengesahan Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Fakulti dan Mesyuarat Senat.
  • Mengurus rayuan semakan semula keputusan rasmi peperiksaan.
  • Mengurus rayuan meneruskan pengajian.
  • Mengurus pelajar yang akan bergraduat dan tamat pengajian.
  • Menyedia skrol dan transkrip akademik pelajar.
Capaian Sistem yang Digunakan

Seksyen Peperiksaan dan Pengijazahan

  • Sistem Genero
  • Sistem UTIME
  • Sistem Portal Pengurusan (Pengstrukturan Kursus)

SEKSYEN PENGURUSAN DASAR

  • Pengemaskinian buku peraturan akademik.
  • Urusetia Mesyuarat Pengurusan Akademik (Prasiswazah dan Pascasiswazah).
  • Urusetia Mesyuarat Panel Penilai Anugerah DiRaja.
  • Urusetia Anugerah Terbaik Fakulti.
  • Mengurus penganjuran bengkel, seminar dan program-program khas.
  • Menyelaras Dokumen Kualiti

SEKSYEN PENTADBIRAN

  • Mengendalikan sistem pengurusan fail.
  • Mengendalikan rekod cuti staf dan mengemaskini fail-fail peribadi staf.
  • Merancang pembelian alatan setiap seksyen.
  • Menyelaras Sistem Pengurusan Kualiti dan Risiko.
  • Mengurus aset, inventori dan harta modal.
  • Mengurus belanjawan dan kewangan.
  • Menyediakan barang-barang keperluan pejabat.

Capaian Sistem yang Digunakan

Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Dasar

Fungsi & Peranan

Bahagian Pembangunan Akademik

SEKSYEN PEMBANGUNAN DASAR PROGRAM AKADEMIK

  • Membantu fakulti membangunkan program akademik baharu.
  • Membantu fakulti menyemak kurikulum program akademik sedia ada.
  • Menjadi urus setia bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Akademik Universiti (JKPAU)
  • Mewakili UniSZA ke Menyuarat Majlis Pengurusan Kualiti (MPQ)
  • Bertanggungjawab memaklumkan tentang pekeliling, polisi, dasar, iklan dan maklumat terbaharu tentang program baharu anjuran KPT
  • Menyelaras proses pemantauan dan penilaian program akademik melalui aktiviti semakan kurikulum
  • Mengurus hal-hal berkaitan dengan dokumen program untuk dimajukan kepada MQA/KPT.
  • Memantau perkembangan program akademik melalui Indeks Daya Saing Program Akademik (IDSPA)

 Sistem Bahagian Pembangunan Akademik