UniSZA      CoMAEI

PENGUMUMAN

PERHATIAN KEPADA PELAJAR

PROGRAM DIPLOMA FP & FSK

PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER PENDEK SESI 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Pendaftaran Kursus secara online seperti tarikh berikut :

 

Jadual

 

PERHATIAN:

Prapendaftaran Kursus

1.            Prapendaftran kursus secara ‘online’ tidak dibenar menggunakan telefon pintar.

2.            Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM100.00 bagi pelajar yang TIDAK MEMBUAT PRAPENDAFTARAN KURSUS dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA (Jompay/ATM – Biller Code 22475).

3.            Sebarang kesilapan prapendaftaran kursus adalah tanggungjawab pelajar.

4.            Pelajar dikehendaki ‘SAVE & PRINT’ slip semasa prapendaftaran untuk semakan.

5.            Bayaran DENDA dikenakan sebanyak RM100.00/KURSUS bagi pendaftaran kursus lewat dan penambahan kursus pada minggu ke-3 dengan kelulusan Dekan fakulti dan bayaran denda dibuat kepada Bendahari UniSZA.


Pengesahan

1.            Mohon semak dengan teliti sebelum minggu pengesahan.

2.            Pelajar DIWAJIBKAN mencetak slip pengesahan daftar kursus sehingga hari terakhir minggu kedua.


Peraturan akademik berkaitan

1.            Sekiranya pihak pentadbiran tidak menerima apa-apa makluman dari pelajar dalam masa empat (4) minggu selepas tarikh permulaan semester, pelajar dikira telah menarik diri daripada semester (TANGGUH PENGAJIAN).

2.           Kegagalan pelajar untuk mendaftar kursus bagi dua semester berturut-turut boleh mengakibatkan status pengajian pelajar sebagai HENTI SENDIRI (HS).


#Jika pelajar menghadapi sebarang masalah berkaitan pendaftaran kursus sila laporkan kepada pihak kami melalui talian 09-6687665/09-6687617 atau datang ke kaunter akademik dengan segera.

 

DARIPADA

PUSAT PENGURUSAN KECEMERLANGAN DAN INOVASI AKADEMIK

UniSZA

Cetak