UniSZA      CoMAEI

GERAN “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2020

Pembukaan 11 Ogos 2020 – 10 Sept 2020
Penghantaran Kertas Cadangan 10 Sept 2020
Proses Penilaian 13 – 17 Sept 2020
Kemaskini dan Pembetulan 20 Sept – 24 Sept 2020
Perakuan dan Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan 1 Oktober 2020
Tempoh Penyelidikan Tidak melebihi 1 tahun
Jumlah RM3,000 - RM20,000.00

PENGENALAN

Pusat Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL bagi tahun 2020 kepada para penyelidik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 11 Ogos 2020.

Geran SoTL ini bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan berbentuk empirikal berkaitan pendekatan atau inovasi pengajaran yang mampu memberikan impak langsung kepada pencapaian hasil pembelajaran di kalangan pelajar UniSZA.

Output penyelidikan hendaklah dapat memberi manfaat secara langsung kepada pelajar UniSZA dalam bentuk penambahbaikan amalan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan permasalahan, metodologi, dan kebolehlaksanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar di UniSZA yang akan terlibat dalam penyelidikan juga perlu dinyatakan. Keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan berkaitan PdP dalam talian dalam era pandemic COVID-19.

 

SYARAT

Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:

  1. Pensyarah tetap atau pensyarah kontrak yang mempunyai kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
  2. Warganegara Malaysia
  3. Permohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada sesuatu masa.
  4. Penyelidik yang sedang menjadi ahli projek penyelidikan SoTL yang belum tamat boleh memohon, namun keutamaan akan diberikan kepada pensyarah yang belum mendapat geran SoTL.
  5. Keanggotaan kumpulan penyelidik minimum 2 orang.
  6. Pensyarah yang sedang cuti belajar TIDAK DIBENARKAN untuk memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik.
  7. Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak boleh memohon geran SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung geran ini, sila hubungi Puan Saliza binti Ghazali (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SOTL yang boleh dimuatturun daripada di sini Borang Permohonan Dana SoTL 2020

Borang yang telah lengkap dan dicetak perlu dihantar ke Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik selewat-lewatnya 10 September 2020 12:00 tengahari kepada urusetia SoTL, Puan Saliza binti Ghazali.

Sekian, terima kasih.

Urusetia Geran SoTL

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik

Universiti Sultan Zainal Abidin

11 Ogos 2020.

Cetak