eStudio
Pemerkasaan prasarana pembelajaran dalam talian yang meliputi kemudahan studio rakaman penggambaran (3D Studio) sebagai kelas interaktif secara langsung (interactive live classroom) dalam talian dikenali sebagai eStudio atau Educator Studio.
Papan Pintar Interaktif
Papan PINTAR atau SMART Board ialah sebuah papan putih interaktif yang membolehkan anda memaparkan imej dan 'berinteraksi' dengannya dengan menulis/melakar di atasnya. Papan SMART ini digunakan untuk pengajaran kuliah masa nyata secara dalam talian. Papan ini disambungkan ke komputer dan berfungsi dengan projektor. Projektor memaparkan segala yang terbuka daripada komputer menggunakan tetikus atau papan kekunci (jika digunakan).. SMART Board ialah skrin sesentuh yang membolehkan anda melakukan apa sahaja pada skrin menggunakan jari. Ia sama dengan cara anda menggunakan tablet atau iPad. Pen khas disertakan sekali dalam Papan SMART untuk menulis pada papan ini.
Makmal Inovasi Pengajaran
Makmal sedia ada di CoMAE-i akan dinaiktaraf menjadi Makmal Inovasi Pendidikan yang akan dilengkapi dengan peralatan yang mempunyai ciri imersif bagi pengajaran secara dalam talian dan pembelajaran maya. Antara perkakasan yang terdapat dalam makmal ini adalah 16 unit skrin sesentuh, 1 set pengimbas 3D, 4 unit kamera 360 dan 2 set pemapar objek/persekitaran maya.