Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   +609-668 8934      

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY

PENGENALAN

Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) [PPPM (PT)] menyarankan Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) Malaysia untuk melonjakkan Pembelajaran Sepanjang Hayat (Lonjakan 3), Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL) (Lonjakan 9) dan Transformasi Penyampaian Pendidikan Tinggi (Lonjakan 10). Ini bertujuan untuk meluaskan akses pendidikan, meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, mengurangkan kos penyampaian dan menonjolkan PPT Malaysia di arena antarabangsa.

Salah satu inisiatif utama bagi mencapai GOL adalah melalui penawaran kursus secara dalam talian melalui MOOC dan MC. Inisiatif ini menawarkan kelebihan dari segi akses yang meluas dan inklusif serta menawarkan pembelajaran untuk semua yang bersifat fleksibel mengikut permintaan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara MOOC dan MC merupakan satu konsep pentauliahan atau penganugerahan kelayakan  terkini serta mampu mengiktiraf pengetahuan, kemahiran atau kecekapan baharu yang diperolehi individu.

    Hubungi Kami

    Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
    Universiti Sultan Zainal Abidin
    Kampus Gong Badak
    21300 Kuala Nerus, Terengganu

    • +609 - 668 8793/7962/7968/8934
    • bpa@unisza.edu.my
    • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

    BIP Facebook