Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   +609-668 8934      

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY
Justifikasi

Justifikasi

Pelaksanaan FlexS berasaskan konsep suatu pembelajaran berterusan yang melalui pelbagai proses dan tahap, perubahan masa dan tempat yang memerlukan perubahan pendekatan dan kaedah dalam pengajaran. FlexS digagaskan berdasarkan justifkasi berikut:

  • Penjajaran dengan Matlamat Pembangunan Mampan

Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) merupakan agenda pembangunan dunia yang mensasarkan kesejahteraan manusia melalui 17 matlamat dan 169 sasaran yang ingin dicapai menjelang tahun 2030. Salah satu fokus kepada SDG ini adalah yang berkait dengan kualiti pendidikan. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan FlexS di UniSZA adalah sejajar dengan SDG melalui pendekatan yang menjamin kelestarian dalam pendidikan. 

  • Seiring dengan Agenda Pendidikan Negara

Pelaksanaan FlexS secara holistik adalah seiring dengan agenda pendidikan negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) menunjukkan komitmen kerajaan dalam mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini dibuktikan melalui sepuluh (10) lonjakan yang diperkenalkan bagi memandu hala tuju pendidikan negara ke arah pendidikan yang cemerlang dan berimpak. FlexS adalah selari dengan kerangka lonjakan tersebut kerana FlexS membawa pendekatan yang holistik dari aspek kecemerlangan akademik, pembinaan sahsiah serta pemerkasaan nilai kemanusiaan yang tinggi.

  • Menangani Cabaran dalam Pelaksanaan IR4.0

Pelaksanaan FlexS bertujuan mengimbangi nilai kemanusiaan dalam menghadapi cabaran IR4.0. Sembilan (9) tonggak dalam dasar IR4.0 memperlihatkan pemerkasaan kepada aspek teknologi secara maksimum yang turut memaksimumkan penggunaan akal dan intelektual insan. Kebergantungan kepada teknologi dalam urusan seharian dan industri seperti automasi, Internet of Things (IoT), big data, integrasi sistem serta penggunaan robotik dan cloud mendorong kepada kurangnya interaksi dan hubungan sesama insan. Oleh itu, melalui pelaksanaan FlexS, elemen hubungan insaniah dan nilai murni di samping kerancakan menyahut seruan kemajuan teknologi akan dapat diterapkan.

  • Pemerkasaan Ekosistem Pembelajaran dengan Nilai Kemanusiaan

Nilai kemanusiaan merupakan elemen penting dalam pemerkasaan ekosistem pembelajaran dan pembangunan insan cemerlang secara berterusan. Tanggungjawab pemupukan nilai kemanusiaan mampu memberi manfaat kepada pembangunan dan kelestarian tamadun manusia keseluruhannya.

Oleh itu, gagasan FlexS ini sangat relevan sebagai elemen pembelajaran sepanjang hayat secara anjal yang mampu melahirkan graduan holistik seiring dengan IR4.0. Usaha ini adalah sebagai langkah dan strategi untuk memperkasakan modal insan yang mempunyai kompetensi dan kemahiran tinggi.

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 8793/7962/7968/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Ikuti kami di Facebook