Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   +609-668 8934      

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY
Teras

Teras Gaya Hidup Sejahtera

Pengenalan

Teras ini memberi penekanan kepada gaya hidup sejahtera seorang pelajar yang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang perlu diterapkan dalam kehidupan seharian. Jasmani yang sihat dan cergas, emosi yang stabil, rohani yang mantap dan fikiran yang positif merupakan ciri yang perlu dibentuk dalam diri setiap pelajar UniSZA ke arah menyediakan graduan yang sihat dan berkualiti secara holistik. 

Objektif

Teras Gaya Hidup Sejahtera secara umumnya berhasrat melahirkan pelajar yang membudayakan amalan gaya hidup sejahtera dalam kehidupan seharian. Objektif khususnya, ialah:

  1. Membentuk kemahiran pelajar dalam mengamalkan gaya hidup sihat berlandaskan prinsip agama.
  2. Melahirkan pelajar yang mempunyai nilai adab dan akhlak yang tinggi serta sikap positif terhadap amalan gaya hidup sejahtera.

Teras Hubungan Insaniah

Pengenalan

Teras Hubungan Insaniah dibentuk sebagai usaha mendidik pelajar menjalinkan hubungan baik dengan pelbagai pihak merentasi kurikulum dan kokurikulum melalui libatsama berterusan sesama pelajar dan komuniti.

 

Objektif

Teras Hubungan Insaniah bertujuan memupuk sifat cakna, tanggungjawab sosial dan belas ihsan, melalui hubungan baik pelbagai pihak. Objektif Teras Hubungan Insaniah adalah untuk: 

  1. Membentuk pelajar yang memahami kepelbagaian agama dan budaya.
  2. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, cakna dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
  3. Memupuk pelajar yang berprinsip, dinamik serta efektif dalam membawa perubahan.
  4. Membina pelajar yang mampu bekerja secara berpasukan serta memiliki kecekapan berkomunikasi melalui hubungan baik pelbagai pihak.

Teras Ta’lim Wa Tarbiyah

Pengenalan

Teras Ta’lim wa Tarbiyah memberi pengkhususan kepada corak pembelajaran sepanjang hayat berkonsepkan pembinaan insan berilmu dan berketerampilan dengan acuan muslim soleh

 

Objektif

Teras Ta’lim wa Tarbiyah bertujuan membina insan berilmu, bersahsiah, dan berpersonaliti unggul yang soleh dan musleh dengan memanfaatkan tempoh pembelajaran sedia ada pelajar di UniSZA. Objektif Teras Ta’lim wa Tarbiyah adalah untuk mencapai perkara berikut:

  1. Membentuk pelajar berilmu melalui nilai tambah berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat.
  2. Melahirkan pelajar berpersonaliti soleh dan musleh yang mampu menjadi role model dalam kehidupan masyarakat. 

Teras Murabbi Unggul

Pengenalan

Murabbi Unggul merupakan salah satu teras dalam menjayakan FlexS. Teras ini berpusat kepada pembentukan jati diri dan sahsiah pendidik yang memenuhi kriteria sebagai seorang mu’allim, muaddib, murabbi, musyrif dan mursyid yang akan memandu dan menerajui pembentukan diri pelajar kepada pewujudan biah solehah di UniSZA.  

 

Objektif

Teras Murabbi Unggul berhasrat melahirkan pensyarah/staf akademik yang mampu membimbing rakan sejawat dan pelajar dalam membudayakan sikap saling berpesan kepada kebaikan dan nasihat-menasihati menerusi perkongsian dan bimbingan ilmu berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif khususnya, ialah:

  1. Membentuk peranan pendidik berdasarkan ciri-ciri murabbi.
  2. Menerapkan aspek tarbiah dan adab dalam pembelajaran dan pengajaran.
  3. Melahirkan pendidik yang dapat menguasai fungsi sebagai Mu’allim, Muaddib dan Murabbi
Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 8793/7962/7968/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Ikuti kami di Facebook