Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Select your language

   09-668 8793/7814/7968/8934    comaei

 

Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i)

Kampus Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu, 21300, MY

APEL

Apakah tujuan APEL.A?

APEL.A didefinisikan sebagai satu proses sistematik yang melibatkan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sikap bagi menentukan tahap di mana seseorang individu telah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan, sebagai akses kepada sesuatu program pengajian dan/atau penganugerahan kredit.

APEL.A memberi peluang kepada mereka yang mempunyai pengalaman kerja tetapi kurang kelayakan atau tiada kelayakan akademik untuk menyambung pelajaran di Pemberi Pengajian Tinggi (PPT). Secara umumnya, penilaian APEL.A melibatkan penilaian terhadap ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu menerusi pendidikan formal mahupun menerusi pengalamannya terdahulu.

Bagaimana hendak memohon APEL?

Permohonan dibuat secara dalam talian di https://www2.mqa.gov.my/apel_a/

Apakah kriteria permohonan APEL.A?
  • Program peringkat Ijazah Sarjana
    Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana, calon haruslah berumur 30 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki kelayakan STPM atau Diploma atau kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya serta mempunyai pengalaman yang bersesuaian

 

  • Program peringkat Ijazah Sarjana Muda
    Iaitu bagi kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda, calon haruslah berumur 21 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

 

  • Program peringkat Diploma
    Iaitu bagi kemasukan ke program Diploma, calon haruslah berumur 20 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.

 

  • Program peringkat Sijil
    Iaitu bagi kemasukan ke program Sijil, calon haruslah berumur 19 tahun mulai 1hb Januari pada tahun permohonan dan memiliki pengalaman kerja yang berkaitan.
Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL.A?

Buat masa ini penilaian APEL.A di Malaysia bertujuan untuk kemasukan ke PPT sahaja dan dibuka untuk EMPAT peringkat kemasukan iaitu:

  • Kemasukan ke program Sijil (APEL T-3);
  • Kemasukan ke program Diploma (APEL T-4);
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (APEL T-6); dan
  • Kemasukan ke program Ijazah Sarjana (APEL T-7).
Adakah sijil APEL.A setara dengan sijil program akademik di PPT?

Pensijilan APEL hanya boleh digunakan oleh pemohon untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke PPT. Ianya bukanlah penganugerahan kelayakan sepertimana program akademik di PPT. Sijil APEL juga tidak boleh digunakan untuk tujuan pekerjaan.

Contohnya: Sijil APEL bagi peringkat Sarjana (Tahap 7) hanya boleh digunakan untuk memohon kemasukan ke PPT bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana. Ianya bukanlah penganugerahan bagi program Sarjana seperti yang dikeluarkan oleh PPT.

Apakah program pengajian yang menawarkan syarat kemasukan menggunakan APEL.A?

Manakala bagi program pengajian yang melalui penilaian oleh badan profesional adalah tertakluk kepada syarat dan keperluan badan profesional tersebut.

Bagi permohonan Sarjana (APEL T-7), sebanyak 30 bidang yang ditawarkan seperti yang dipaparkan di pautan: Bidang APEL (Tahap 7).

Apakah mod pengajian yang dibenarkan kepada calon yang lulus penilaian APEL.A?

Calon yang lulus penilaian APEL.A boleh melanjutkan pengajian secara sepenuh masa atau secara separuh masa.

Bagi sijil APEL.A peringkat Sarjana (APEL T-7), mod penawaran yang dibenarkan adalah seperti berikut:

  • Mod Kerja Kursus dan
  • Mod Campuran sahaja.
Adakah ujian penilaian APEL.A dikenakan bayaran?

Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:

Bil.
Tahap
Jumlah
1
Sijil (Tahap 3) & Diploma (Tahap 4)
RM 75.50
2
Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6)
RM 250.00
3
Ijazah Sarjana (Tahap 7)
RM 370.00
Apakah kaedah pembayaran penilaian APEL.A?

Fi penilaian APEL.A mengikut tahap adalah seperti berikut:

Tahap Pusat Penilaian Kaedah Pembayaran
3
(Sijil)
MQA Pembayaran dalam bentuk Bank Draf sahaja atas nama Agensi Kelayakan Malaysia.
4
(Diploma)
6
(Ijazah Sarjana Muda)
Pusat Penilaian APEL (PPA) Pembayaran kepada PPA yang dipilih oleh pemohon.
7
(Ijazah Sarjana )
Pilihan bidang yang dinilai oleh PPA Pembayaran kepada PPA yang dipilih oleh pemohon.
Apakah proses yang perlu dilalui oleh calon APEL.A?

Calon boleh merujuk kepada Buku Panduan APEL untuk Pelajar (Bahagian V) di pautan Buku Panduan Penilaian APEL.A

Berapakah tempoh proses penilaian APEL.A sehingga calon yang berjaya menerima sijil?
  • Tempoh minimum DUA (2) bulan bagi calon APEL T-3, APEL T-4 dan APEL T-6 dari tarikh permohonan lengkap.*
  • Tempoh minimum TIGA (3) bulan bagi APEL T-7dari tarikh permohonan lengkap.*


* Catatan:
Walau bagaimanapun, sebarang tempoh penilaian APEL adalah bergantung kepada individu. Tempoh yang dinyatakan adalah bagi calon yang menduduki penilaian APEL tanpa ulangan. Sekiranya calon gagal dan perlu mengulang, tempoh penilaian akan lebih panjang.

Apakah komponen penilaian yang perlu dilalui oleh seorang calon APEL.A?

APEL T-3, APEL T-4 dan APEL T-6: Ujian Aptitud dan Portfolio.

Tahap 7: - Ujian Aptitud, Portfolio dan Temu duga.

Apakah Struktur Ujian Aptitud yang perlu diambil oleh calon APEL.A?

Struktur Ujian Tahap 3 dan 4:

Nota: Pemohon mestilah menjawab 20 soalan dengan betul untuk lulus.

Aspek Penilaian
Jumlah Soalan
Tempoh Masa
Bahasa Melayu
10 Soalan Objektif
2 jam
Bahasa Inggeris
10 Soalan Objektif
Matematik
10 Soalan Objektif
Pengetahuan Am/ Pemikiran Kritis
10 Soalan Objektif



Struktur Ujian Tahap 6:

Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

Aspek Penilaian
Jumlah Soalan
Tempoh Masa
Bahasa Melayu
10 Soalan Objektif
2 jam
Bahasa Inggeris
10 Soalan Objektif
Matematik
10 Soalan Objektif
Pengetahuan Am/ Pemikiran Kritis
10 Soalan Objektif



Struktur Ujian Tahap 7:

Nota: Pemohon mestilah memperolehi 50% dari ujian Aptitud untuk lulus.

Aspek Penilaian
Jumlah Soalan
Tempoh Masa
Bahasa Melayu Bahagian A: 13 Soalan Objektif
Bahagian B: 1 Soalan Struktur
2 jam 30 minit
Bahasa Inggeris Bahagian A: 12 Soalan Objektif
Bahagian B: 1 Soalan Struktur
Matematik Bahagian A: 25 Soalan Objektif
Bahagian B: 1 Soalan Struktur
Pengetahuan Am/ Pemikiran Kritis Bahagian A: 25 Soalan Objektif
Bahagian B: 2 Soalan Struktur
Apakah Pusat Penilaian APEL (PPA) dan tanggungjawab PPA?

PPA adalah PPT yang dilantik oleh MQA untuk menerima dan memproses sepenuhnya penilaian APEL.A bagi kemasukan ke program tahap 6 dan 7.

Sehingga kini sebanyak enam PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:

  • Open University Malaysia (OUM)
  • Wawasan Open University (WOU)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Adakah calon yang menjalani penilaian APEL.A di PPA hanya boleh melanjutkan pengajian di PPA tersebut sahaja?

Calon yang telah memperoleh sijil APEL.A MQA boleh dipertimbangkan untuk melanjutkan pengajian di mana-mana PPT walaupun menjalani penilaian APEL.A di PPA yang dilantik oleh MQA.

Saya telah memohon APEL.A melalui laman web MQA dan memilih PPA untuk penilaian.A, apakah tindakan seterusnya yang perlu saya lakukan?

Pemohon akan menerima e-mel yang dijana secara automatik oleh system selepas mendaftar pada Portal APEL.A MQA. Tindakan seterusnya, pemohon perlu mendaftar semula dengan PPA di pautan yang disertakan dalam e-mel tersebut.

Bagaimana saya hendak mengetahui skop Ujian Aptitud dan menyediakan Portfolio?

Skop Ujian Aptitud dan format penyediaan portfolio bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda boleh didapati pada Buku Panduan APEL. Sila rujuk Buku Panduan Penilaian APEL.A

Contoh soalan boleh didapati pada pautan https://apel.oum.edu.my/resources.html

Saya berminat untuk mengambil penilaian APEL.A dan melanjutkan pengajian di PPT pilihan saya. Bilakah masa yang sesuai saya harus memohon APEL.A?

Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan APEL.A sekurang-kurangnya ENAM (6) bulan sebelum tarikh kemasukan ke institusi pengajian tinggi pilihan.

Apakah Universiti Rakan (UR) dan tanggungjawab UR?

Universiti Rakan (UR) adalah pusat yang dilantik untuk mengendalikan Ujian Aptitud APEL T-3 dan APEL T-4 bagi pihak MQA

Sehingga kini sebanyak dua PPA yang telah dilantik oleh MQA iaitu:

  • Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM); dan
  • 2. Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Adakah sijil APEL mempunyai tempoh sah laku?

Buat masa ini, tiada tempoh sah laku bagi sijil APEL dan terpakai pada bila-bila masa.

Image ALT

APEL - Accreditation of Prior Experiential Learning

Hubungi Kami

Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i)
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu

  • +609 - 668 7943/8102/8826/8385/8934
  • bpa@unisza.edu.my
  • Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu

Kami mempunyai 99 pengunjung dan tiada ahli dalam talian

Pautan Berkaitan

Ikuti Kami di Facebook