Prospektus UniSZA Edisi 2025
💫Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) membuka ruang kepada anda untuk melangkah ke masa depan dengan pendidikan bertaraf global yang menggabungkan Ilmu, Iman dan Akhlak.
💡Dengan pelbagai program prasiswazah yang inovatif, kurikulum dirangka mengikut kehendak industri dan peluang penglibatan global, UniSZA adalah pilihan terbaik untuk mencorak kejayaan anda!
🌹Ilmu Demi Faedah Insan
🌷Flexible Education with Soul
- Jumlah paparan: 245
HEBAHAN KELULUSAN PROJEK DANA SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL) 2022
Assalamualaikum Wm. Wbt. &
Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan bagi Geran Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) UniSZA 2022 telah memutuskan untuk meluluskan 15 projek di bawah geran Dana Scholarship of Teaching and Learning (SoTL) tahun 2022 dengan jumlah kelulusan sebanyak RM100,000.00. Keputusan setiap pemohon bagi projek ini boleh di dapati di sistem SoTL iaitu https://adams.unisza.edu.my/
Senarai projek yang diluluskan adalah sepertimana di lampiran.
Pihak UniSZA merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang berjaya dan juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pemohon. Mendoakan agar para penerima geran SoTL ini dapat menjalankan penyelidikan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
- Jumlah paparan: 1579